Monday, January 09, 2006

Bisa Sakit Jiwa?

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Kenapa ya aku bisa berasa bingung. Kadangkala perasaan ini terbolak-balik dengan sendirinya. Bisa sahaja emosi ini keterlaluan. Kesedihan tiba tanpa sebab. Apabila ditanya, aku setakat menjawab "entah ye..". Nah, aku sendiri tidak mengerti. Mungkin ini yang dinamakan oleh pakar sakit jiwa kemurungan atau depresi. Memang manusia sering begini. Memandangkan aku juga manusia, jadi tidak mustahil untuk aku berasa sebegitu. Kesakitan pada jiwa. Pakar sakit jiwa juga bisa sahaja sakit jiwa. Sudah jelas mereka juga manusia. Tidakkah begitu?.
Maka aku kembali kepadaNYA untuk mendapatkan jawapan kerana aku seorang faqir yang tidak tahu apa-apa.
قال الله تعالى:(الذين آمنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله * ألا بذكر الله تطمئن القلوب) الرعد:8
Allah berfirman: (Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Tidakkah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang).
Emosi dari hati. Hati dari siapa?. Ketenangan hati adalah penting untuk tidak merasakan emosi yang berlebihan sehingga bisa memasukkan kita dalam kategori "orang sakit jiwa". Jadi, apa yag sebenarnya boleh menenangkan hati-hati kita ini?. Tanyakan sahaja dengan Dia yang membuat hati, yang Maha Mengetahui segala-galanya sehinggalah pada hati kita kerana Dialah Pembuat hati-hati ini.
(...Tidakkah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang).
Itulah firman Allah Subhanahu waTa'ala. Solusi yang boleh membantu sesiapa yang merasakan hatinya tidak tenang. Inilah cara yang terbaik iaitu dengan mengingati Allah.
Orang yang sentiasa mengingati Allah tidak akan tergoncang hatinya oleh sebarang masaalah kehidupan. Walaupun dirinya disakiti, dilanda musibah, disingkiri tetapi hatinya tetap tenang.
Seperti Imam Shafi'i yang pernah dimalukan oleh seorang tukang jahit di khalayak ramai apabila beliau sedang mengajar. Si tukang jahit menjahit bahagian lengan kanan baju Imam terlebih besar dari yang kiri. Kemudian dia membukakan baju itu di hadapan orang dengan harapan Imam akan berasa marah dan malu. Orang ramai sudah mula tertawa. Imam Shafi'i hanya tersenyum sahaja dengan gelagat si tukang jahit. Beliau tahu yang tidaklah orang ini akan melakukan sedemikian melainkan dengan kehendak Allah, sememangnya untuk menguji kesabarannya. Imam Shafi'i langsung tidak mengikutkan perasaannya bahkan menenangkan hatinya dengan mengingati Allah. Beliau lalu menjawab, "terima kasih wahai tukang jahit. Memang kamu ini pintar. Sememangnya aku memerlukan baju lengan tangan besar untuk membolehkan aku membawa buku-buku di dalamnya".
Tenang sahaja orang-orang seperti Imam Shafi'i dan juga orang-orang mukmin yang sepertinya, yang sentiasa mengingati Allah. Dari itu, Allah tidak akan mensia-siakan mereka yang sentiasa dalam keadaan mengingati Allah. Maka Allah akan menenangkan jiwa dan hati mereka.
"errmmm.. ok.. tapi kan, mengingati Allah tu camne sebenarnya eh?"
InshaAllah, ianya akan diterangkan nanti... buat masa sekarang... cuba bangun malam... menyendiri dengan yang Maha Pencipta... menangis di hadapanNya kerana tangisan yang tulus boleh melembutkan hati yang keras... kemudian ketenangan akan menyusul InshaAllah.
alfaqirah ila maghfirati Rabbiha,
Nadia Hanim AbdurRahman
Mansoura, Mesir